Saturday, July 14, 2012

Ilmu,dunia tanpa sempadan.



Saya mengenali buku sejak kecil,mungkin terikut-ikut dengan kak Long yang suka sangat membaca.Every time,everywhere..hehe.Kak Long sangat suka membaca terutamanya novel-novel Inggeris.Jadi kami adik-adik pun terikut sama.Tapi saya tak de la obses macam kak long,saya baca buku-buku Melayu je.




Tapi itu dulu,waktu kecil membaca menjadi hobi masa lapang selepas hobi merayau-rayau dan bermain(macam-macam permainan,budak kampung
katakan).Tapi sekarang membaca jadi kegemaran,masa sibuk-sibuk pun cari juga peluang untuk belek-belek buku waima sebelum tidur atau masa-masa menunggu,menunggu orang,menunggu bas dan lain-lain.

Ya,sebab sekarang baru sedar pentingnya membaca dan mengkaji..huhu

Tak rugi pun kita membaca,memanglah banyak masa kena korban tapi banyak faedahnya.Berbaloi-baloi :) ...
Dunia bahkan jadi lebih luas,lebih indah. Kan?



Dalam buku Petua Menjadi Manusia Pintar Dan Cerdas,melalui membaca atau menelaah kitab,kita sebenarnya dapat mengasah fikiran,menyedarkan diri dari kelalaian,menghibur dalam kesepian,mengangkat kejahilan,memperoleh pengalaman ,menghilangkan rasa jemu,membuang kebosanan,menguatkan ingatan,melapangkan dada,meluruskan yang bengkok,memfasihkan lidah,menzahirkan hujah,membetulkan kesalahan,mencegah daripada kekosongan,memelihara daripada penyelewengan,menambah pengalaman,memahami hikmah,menghibur daripada kehilangan,meringankan kesakitan,menundukkan atas kemuliaan,mencegah daripada dosa,menarik pengajaran,mendatangkan keajaiban dan mengambil faedah-faedah daripadanya.



Nah...mau apalagi ^^

Tapi sebagai seorang Muslim kita bukan sahaja mau menjadi seorang pakar dunia tapi juga pakar akhirat.Apalah erti kehidupan andai dunia yang dikendong disia-siakan,akhirat pula keciciran.

Sebenarnya banyak lagi faedah yang kita dapat,antaranya:

1.Mendapat dunia dan akhirat.

“Sekiranya kamu inginkan dunia,hendaklah dengan ilmu.Sekiranya kamu inginkan akhirat,hendaklah dengan ilmu.Sekiranya kamu inginkan kedua-duanya,hendaklah dengan ilmu.”-Imam Syafie.

2.Membaca adalah jalan menuju kepada Allah.

Imam Al-Ghazali dalam Minhaj al-Abidin menyatakan,perjalanan seorang hamba menuju kepada Allah,adalah tahap ilmu.Kemudian baru menyusul tahap taubat. ^^

3.Semakin banyak kita membaca semakin banyak tabir kejahilan yang tersingkap yang membelenggu akal dan jiwa manusia daripada mengenal Allah.

Ya,semakin banyak kita membaca semakin jahil kita akan rasakan T_T

4.Membentuk jiwa hamba yang taat pada Allah disamping menjalankan tugas sebagai khalifah Allah yang sebenarnya.

5.Ilmu melindungi diri kita dan memelihara kita dari kemusnahan tidak seperti harta yang terpaksa dilindungi dan dijaga.

6.Sumber kepada hidayah,ilmu,iman,dan takwa.Hanya dengan ini sahaja,umat islam akan terbangun akal,emosi,rohani,dan jasmani.

Inilah hikmah disebalik membaca (Iqra’) !!!

Subhanallah...hebat dan luasnya ilmu Allah,kan?


No comments:

Post a Comment